Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS telah selamat tiba di Arab Saudi petang tadi.
Kedatangan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak mudah berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook itu disambut meriah oleh negara tersebut.
Istimewanya lagi, lampu bangunan dan menara Kindom Centre di ibu negeri Arab Saudi itu telah bertukar kepada warna ungu sebagai tanda menyambut kehadiran BTS.
#Riyadh turns purple to welcome @bts_bighit to #KSA. @RiyadhSeason @BTS_ARMY
đˇ @RiyadhConnect pic.twitter.com/axVBaKbukd— SAPRAC (@SapracOrg) October 10, 2019
Perkara itu juga turut mendapat perhatian Army Saudi (peminat) yang kagum dan terharu dengan kejadian itu.
Menerusi tinjaun di media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa berterima kasih kerana menyambut kehadiran idola kesayangan mereka dengan berbesar hati.
Terdahulu, warna ungu boleh diibaratkan sebagai warna rasmi BTS selepas V menggunakan ayat âI purple youâ sebagai tanda sayang kepada Army yang membawa maksud âI love youâ.
DO YOU ALL REALIZE HOW BIG IT IS FOR RIYADH TOWERS TO TURN PURPLE FOR BTS??? LIKE YALL I AM CRYING THIS IS SO BEAUTIFUL I GREW UP LOOKING AT THESE TOWERS AND NOW THEY ARE TURNING PURPLE FOR MY BOYS??? OH MY GOD #BTSInRiyadh pic.twitter.com/HV0HKhBSKJ
— athâˇă ă ă (@7IDDIEZ) October 10, 2019
BTS hadir ke negara berkenaan untuk mengadakan konsert âLOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELFâ yang dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd pada 11 Oktober ini.
Selepas Riyadh, BTS akan meneruskan siri jelajah yang terakhir untuk tema âLOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELFâ di Korea pada 26, 27 dan 28 Oktober depan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber: Gempak
PERHATIAN:Â Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.