Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkmah Rusia

PETALING JAYA: Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang mungkin menyaksikan hakim memerintahkan satu ujian DNA dijalankan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mengahwini wanita itu tahun lepas, lapor akhbar Britain Daily Mail.

Akhbar itu berkata, bekas ratu cantik Rusia itu memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Daerah Dogomilovsky dengan menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Laporan itu berkata, Oksana pada mulanya memilih untuk tidak meneruskan kes tersebut dengan harapan ia boleh diselesaikan secara baik.

“Bagaimanapun sekarang beliau memfailkan semula tuntutan paterniti selepas memutuskan tiada kemajuan dalam tuntutan penyelesaian, yang dilaporkan termasuk elaun bulanan anak sebanyak £24,000 sebulan, sebuah apartmen berharga £1.2juta di Moscow dan selepas itu rumah berharga £8 juta di London,” kata akhbar itu.

Perkembangan terbaru ini berlaku tiga bulan selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa anaknya.

Akhbar berkenaan juga berkata, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

Oksana menegaskan anak beliau, Leon, merupakan hasil perkahwinan mereka.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata beliau dalam satu temu bual sebelum ini.

Sultan Muhammad V turun takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini, tidak lama selepas laporan perkahwinannya dengan Oksana tersebar.

Pasangan itu kemudiannya bercerrai selepas Sultan Muhammad V melafazkan “talak tiga”, sekali gus menjadikan percerraian itu muktamad.

Oksana bagaimanapun terus membuat hantaran klip video dan gambar mereka berdua di Instagram dan menolak dakwaan mereka telah bercerrai.

Pada Julai, Istana Kelantan, dalam respons terhadap kenyataan Oksana yang menyifatkan anaknya sebagai bakal sultan berkata, hanya pihak istana berhak membuat pengumuman sedemikian.

Baru-baru ini Oksana mendakwa beliau terpaksa menjual cincin perkahwinannya bernilai #203,000 (kira-kira RM1.05 juta) bagi membayar bil perubatan yang ditanggungnya semasa mengandung.

“Saya tidak akan beritahu harga yang saya jual, tetapi ia tiga kali ganda kurang daripada kosnya,” kata beliau kepada The Mail.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: FMT

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.