“Saya Tak Jahiil Sampai Tahap Macam Tu Lagi” Haneesya Hanee Tampil Dedahkan Hal Sebenar Isu F0t0 Bertudung Tapi Berskirt Pendek

PELAKON Haneesya Hanee tidak berniat untuk memperlekehkan agama Islam apabila tampil memakai gaun pendek paras paha namun menutup kepala dengan selendang merah.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan berkata, apa yang dikesalkan apabila pemilik produk berkenaan memungkiri janji dengan berkongsi foto keseluruhan imej digayakannya di media s0sial.

“Saya tak b0doh agama dan saya tak akan memperlekehkan agama saya sendiri. Saya diberitahu gambar yang diambil cuma separuh dan sekadar nampak skarf. Itu saja tapi saya tak sangka gambar itu adalah gambar penuh.

“Sedangkan masa penggambaran saya dah ingatkan mereka supaya tidak merakam foto saya dalam keadaan sek si apatah lagi muat naik di laman s0sial,” katanya ketika dihubungi.

Haneesya, 19, diminta mengulas kutvkan netzen selepas tersebarnya foto dia bergambar dengan memakai tudung namun berskirt pendek.

Netzen berpendapat tindakan itu seolah-olah mempersendakan agama.

Dalam pada itu Haneesya berpendapat, dalam isu ini dia tidak melakukan kesalahan kerana gambar tersebut dikongsi oleh orang lain sehingga mencetvskan kontr0versi.

“Bila mereka muat naik gambar tu, pada saya ia bukan sal4h saya sebab mereka yang berbuat demikian.

“Bagi saya pula, saya dah cuba yang terbaik untuk pastikan gambar itu dihapvskan bukan kerana saya takvtkan kec4man tapi saya pun tahu gambar macam tu tak patut dikongsi di media s0sial kerana boleh menyebabkan kemar4han orang.

“Jadi… tak wajar ada pihak nak tuduh saya mempermainkan agama, saya tak jahil sampai tahap macam tu lagi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Haneesya memberitahu bahawa mesej yang cuba ditonjolkan menerusi gambar tersebut ialah peranan skarf yang boleh ditampilkan dalam pelbagai gaya.

Ia bukan merujuk kepada tudung sahaja tetapi jenama tersebut mahu dia menggayakan selendang itu ala-ala ‘old school’.

“Menurut apa yang mereka jelaskan kepada saya, ia bukanlah sehelai skarf semata-mata merujuk sebagai tudung sahaja, namun ia boleh dipelbagaikan macam ala-ala ‘old school’,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.