“Suami Isteri Bergadvh Memang Lvmrah Perkahwinan…” Suami Ummi Nazeera

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd Izzar Anwari akui bergaduh adalah lumrah dalam perkahwinan.

Menurut Dr. Izzar bergaduh itu penting namun pasangan perlu mengelak bergaduh mengenai isu yang sukar untuk diselesaikan.

Dr. Izzar menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi hasil satu kajian mengenai pasangan yang berkahwin.

“HAPPY WIFE HAPPY LIFE

“Suami isteri yang bergaduh ni memang lumrah perkahwinan. Jom saya kongsikan hasil satu kajian terkini mengenai pasangan yang telah berkahwin.

“ISU GADUH PALING SERIUS

•Keintiman

•Masa bersama / ‘leisure’

•Isi rumah

•Komunikasi

•Kewangan

“ISU GADUH BIASA

•Cemburu

•Agama

•Keluarga

“CIRI2 PASANGAN BAHAGIA 

•Mengambil langkah ‘solution-oriented’ apabila menghadapi konflik

•Jarang memilih untuk bergaduh mengenai isu yang sukar untuk diselesaikan

•Berjaya membezakan antara isu yang perlu diselesaikan dan isu yang perlu diketepikan adalah kunci kepada hubungan yang bahagia dan berpanjangan,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut Dr. Izzar turut memuat naik foto bahagianya bersama isteri.

Tambah Dr. Izzar lagi, perceraian boleh dielakkan jika pasangan berbincang secara positif dalam pergaduhan.

“Pasangan yang berbincang secara positif dalam pergaduhan (dua-dua tenang dan cuba memahami pasangan) mempunyai kadar perceraian yang rendah dari pasangan yang tiada perbincangan positif atau bila seorang je yang positif.

“Sebenarnya konflik dalam perkahwinan ni juga boleh membawa kepada peningkatan ‘depressive symptoms’ dan ‘functional impairment’ juga

“So, gaduh elok-elok dan elakkan memberi fokus sangat kepada masalah yang memang sukar untuk diselesaikan. Let it go je. Mengalahlah sikit

“Apa-apa pun guys, always stay on your left. Because your wife is always right,” katanya berseloroh.

Dr. Izzar dan Ummi selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Ayra Aneesah yang berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.