“Penuh Kejutan..” Gadis Ini Hampir Menangis Lepas Terima Hadiah Jam Tangan Dari Naim Daniel

Penyanyi muda, Naim Daniel membuat kejutan apabila menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang peminat setianya.

Hadiah tersebut diberikan ketika Naim mengadakan persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, baru-baru ini

Momen berharga itu dikongsi oleh penyanyi tersebut menerusi satu posting di Instagramnya.

“Kali pertama sampai ke UiTM Merbok dan sebelum sampai sini saya dapat banyak mesej dari rakan gadis ini mengatakan dia adalah peminat setia saya.

“Jadi saya panggil dia ke depan pentas untuk beri satu kejutan. Saya beri dia hadiah iaitu jam tangan kegemaran saya.

“Harap awak suka ya,” katanya.

Tambah Naim, sambutan peminat di UiTM Merbok juga sangat luar biasa.

“Terima kasih kerana menunggu Naim,” katanya.

Menerusi video itu, gadis yang menerima hadiah tersebut dilihat hampir mengalirkan air mata.Wajah sebaknya jelas kelihatan apabila menerima kejutan dari penyanyi yang kini popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dan peminat menyifatkan pelajar tersebut sebagai bertuah.

Tidak kurang juga yang memuji layanan baik Naim kepada peminatnya.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @naimdanielx

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.