“Datang Sebab Pendarrahan, Balik Bawa Bayi” Wanita Ingat Kena ‘Bvsung’ Rupanya Allah Nak Bagi ‘Hadiah’

Zuriat ialah anugerah daripada Tuhan yang sering dinanti-nantikan mana-mana pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Ada orang dapat rezeki awal, ada pulak yang lambat. Semuanya telah ditentukan Tuhan buat kita.

Menerusi perkongsian Facebook Info Ibu Hamil, seorang staf ‘dressar’ di hospital bernama Azrie telah memuat naik kisah seorang ibu yang tak tahu langsung dirinya sudah hamil. Apa yang lebih menarik, bila sampai je hospital… tup-tup si ibu dah nak beranak! Aikk macam mana tu! 

“Keajaiban rezeki Allah tak pernah diduga. Patient datang sakit pendarahan vagina. Dah 5 tahun nikah tapi tak ada rezeki untuk dapat baby” 

Menurut Azrie, seorang pesakit wanita berusia 38 tahun telah datang ke hospital dan mengadu dia mengalami ‘bleeding’ atau pendarahan vagina. Lebih menyedihkan pasangan ni dah 5 tahun berkahwin tapi masih tak ada anak.

Bila ditanya kali terakhir datang period, pesakit ni tak sure pulak sebab periodnya datang tak menentu. Malah bila tengok perut, memang nampak besar sikit tapi pesakit ni cakap dia hanya pergi berurut sebab orang kampung kata dia mungkin kena busung. Alahai… 

“Syukur dua-dua selamat. Si ayah terpinga-pinga terkejut sebab tak sangka langsung selama ni ada baby dalam perut” 

Mujurlah pesakit tadi dapat lahirkan bayinya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah. Cuma agak terkejut sedikitlah sampaikan si bapa bayi tu tak sempat nak sediakan apa-apa barang anak.

Alahai syukur sangat atas kurniaan ALLAH! 

Apa-apapun admin nak ucapkan tahniah pada pasangan suami isteri ini. Memang anugerah Tuhan yang paling terindahlah walaupun dalam keadaan terkejut sikit dapat berita ni. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.