“Jangan C0mpare Dengan Orang Lain Bang” Pemandu Baca Al-Quran Sewaktu Trafik Sesak Dapat Pujian, Tukang K0ngsi Video Pula Yang Dikerjakan

SUDAH menjadi kebiasaan bagi kebanyakan orang, ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas masa akan dihabiskan dengan menatap telefon masing-masing.

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki yang dilihat khusyuk membaca al-Quran dalam situasi yang dibe3nci warga kota itu.

Perbuatannya itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi sama sebelum ia dikongsi menerusi Twitter.

Video berkenaan menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah ditonton lebih 170,000 kali.

Time tengah jalan jammed, orang semua busymain phone. But, look at that pakcik, he is reading Quran. Salute,” tulis individu yang berkongsi rakaman itu.

Dalam rakaman sama, dia turut menghalakan kamera untuk merakam tindakan beberapa pengguna jalan raya lain yang sedang bermain telefon sambil menunggu kesesakan lalu lintas berakhir.

Before tweet rangers datang, meh aku pesan sikit. Aku tweet this video just for renungan. Bukan untuk compare.

PEMILIK VIDEO (Twitter @anwarhery_)

Selain komen netizen yang kagum dengan sikap terpuji lelaki itu, ada juga yang tampil mengec4m pemilik video kerana dianggap bersikap burvk sangka terhadap pemandu lain.

Kata segelintir netizen, dia tidak sepatutnya membandingkan lelaki yang membaca al-Quran itu dengan pengguna jalan raya lain yang sedang menggunakan telefon mereka.

“Macam mana kamu tahu semua orang main telefon? Entah mereka pun tengah baca al-Quran dalam phone,” tulis seorang netizen.

Namun kata pemilik video itu, dia membuat perkongsian itu sekadar untuk renungan bersama dan dia mahu lelaki itu dijadikan sebagai contoh oleh orang ramai.

Ada dalam kalangan kita yang suka membelek telefon tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. FOTO: BERNAMA.

Before tweet rangers datang, meh aku pesan sikit. Aku tweet this video just for renungan. Bukan untuk compare.

“Main phone bagus. Just for relax time str3essatas jalan. Just aku harapkan, jadikan that pakcik sebagai contoh,” tulisnya.

Dalam pada itu, posting yang diulang kicau lebih 11,700 kali itu turut dihujani pelbagai komen lain dari netizen.

“Korang semua tolonglah ambil yang baik-baik je boleh tak?

“Bersangka baik orang lain baca al-Quran kat phone.

“Jangan compare dengan orang lain bang tak elok,” tulis beberapa netizen.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mstar/riverbed

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.