“Tampil Imej Bertudung Di Osaka,” Wan Sharmila Sudah Mula Berhijab Dipuji Netizen

Sejak akhir- akhir ini, dapat diperhatikan menerusi laman Instagram pelakon Wan Sharmila, sudah mula berkongsi foto mengenakan hijab.

Sedang bercuti di Osaka Jepun, nampaknya pelakon kecil molek selesa dengan imej menutup sepanjang berada di negara matahari terbit.

Nampak selesa tutup aurat

Walaupun tiada pengesahan dibuat oleh pelakon tersebut mengenai imej barunya, namun boleh dikatakan kebanyakkan foto baru yang dimuat naik di IG semuanya dalam keadaan berhijab.

Comel jer pakai tudung

Tidak dapat dinafikan, dengan berpakaikan menutup aurat dan mengenakan hijab, Wan Sharmila kelihatan lebih manis dan cantik.

Saya suka tengok Lala pakai tudung

Malah, pengikut di Instagramnya juga memberi respon positif mengenai imej baru pelakon tersebut, rata-ratanya suka melihat penampilannya bertudung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @lala.wansharmila

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.