“Biarlah Saya Dengan Cara Saya” Pernah Dapat Tawaran GV, Iwan T0lak Dengan Cara Baik

Bekas penyanyi dangdut Iwan Shahman mendedahkan dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) namun menolaknya dengan cara baik.

Menurut Iwan, dia kini lebih selesa untuk memilih jalan dakwah selepas berhijrah kira-kira enam tahun lalu.

“Saya pernah mendapat tawaran GV tapi pada masa itu saya tidak bersedia untuk kembali menyanyikan lagu-lagu komersial.

“Bukanlah saya nak menyombong tetapi biarlah saya dengan cara saya. Kini saya giat berdakwah, memberikan ceramah dan rasanya lebih tenang,” ujar Iwan.

Iwan ditemui ketika majlis sidang media #ProjekMahligaiSyurga yang diadakan di Hotel TH, Kelana Jaya pada Isnin.

Tambah Iwan lagi, dia tetap memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan yang menyertai rancangan tersebut.

“Saya berdoa agar rakan-rakan selebriti yang lain sentiasa dipanjangkan umur, murah rezeki dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT,” katanya lagi.

Sedikit perkembangan terbaru, Iwan bakal muncul pada konsert Malam Sinar Maulidurrasul bersama Rabbani, Daqmie dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah yang akan diadakan pada 15 November bertempat di Tapak Bazarena Stadium Malawati Shah Alam.

GV2019 dibarisi enam penyanyi solo lelaki iaitu Sham Visa, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan Naqiu Boboy. Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Ami dan Nurfatima pula mewakili peserta wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.