“Dia Baik-Baik Saja, Sekarang Dalam Pr0ses Pemvlihan” Isteri Mamat Khalid

Pengarah Hantu Kak Limah, Mamat Khalid berada dalam keadaan stabil selepas mengalami sesak nafas pada Ahad lalu.

Perkhabaran itu dikongsi oleh anak pertamanya, Mohd Khalid Zaffa, 32 selepas dihubungi.

“Alhamdulillah, bapa saya okay. Sekarang ini dia tengah berehat. Dia minta untuk ditidurkan.

“Jangan risau, bapa saya di bawah pemantauan doktor,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pengarah itu, Hasmah Hassan berkata suaminya dalam proses pemulihan sekarang ini.

“Dia baik-baik saja, sekarang dalam proses pemulihan,” katanya secara ringkas.

Pengarah terkenal itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ, Ipoh, Perak, selepas mengalami sesak nafas.

Terdahulu, Januari lalu Mamat dimasukkan ke sebuah hospital di Petaling Jaya akibat masalah jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.