“Hldap Kans3r Tulang Semasa Belajar,” Gadis Sebak Kini Diploma Dalam Genggaman

Menjengah ke hujung tahun, sudah tentu setiap institusi pengajian tinggi akan mengadakan majlis konvokesyen. Hal ini bertujuan untuk meraikan para graduan yang bersusah payah bertahun-tahun menamatkan pembelajaran.

Namun begitu, setiap graduan yang menerima skrol diatas pentas sudah tentu mempunyai latar belakang serta cerita yang berbeza sepanjang perjalanan mereka menempuh alam universiti.

Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Aida Rashidi yang menceritakan perihal perjalanan diplomanya yang penuh ujian apabila disahkan menghidap kanser tulang semasa dalam pengajian.

Disahkan hidap kanser tulang

Dia mendapat tahu didianogsis penyakit kanser selepas berkali-kali melakukan ujian darah pada 2017. Bermula dari situ, Aida telah melakukan berbelas kali kimoterapi dan pembedahan bagi mengembalikan semula kesihatannya.

Tambahnya lagi, ketika itu dia mulai sedar mengenai maksud disebalik “nikmat yang Allah beri ditarik” dan sangat bersyukur dikembalikan semula kesihatan yang dulu.

Bangkit selepas pulih & berjaya konvo

Selepas kembali pulih, Aida telah menyambung kembali pelajarannya yang tertangguh walaupun masih berulang-alik menerima rawatan bagi memastikan benar-benar bebas daripada kanser.

Akhirnya, berkat usaha gigih dan tak pernah mengalah, Aida berjaya menaiki pentas konvokesyen tanpa sebarang halangan. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa berada dengannya ketika waktu sukar sebelum ini.

Aida juga turut berkongsi rasa terima kasihnya di Twitter dan telah menjadi inspirasi kepada pembaca dengan kekuatan serta ketabahannya menghadapi dugaan kanser.

Tahniah Aida

Sehubungan dengan, menerusi akaun Instagramnya, rata-rata warganet dan kenalan gadis tersebut telah mengucapkan tahniah diatas kejayaannya menamatkan pembelajaran.

Mereka turut berasa bangga dengan Aida apabila kuatmenempuh segala dugaan semasa pembelajarannya dan mendoakan gadis tersebut terus berjaya di masa hadapan kelak.

Bangga dengan kamu!

Sangat memberi inspirasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Aida Rashidi

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.