“Jenuh Ajar Tekan Sana Sini, Dia Buat Dek Jerr” Anak Nubhan Terkunci Di Dalam Kereta Ini Respon Netizen

Penyanyi Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya, Aafiya Kamilia terkunci di dalam kereta mewah miliknya.

Jelas Nubhan, kejadian terbabit terjadi selepas dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang.

“Anak terkunci dalam kereta, selamat dekat rumah je. Jenuh ajar dia tekan sana sini, dia buat tak tahu je.

“Saya tinggalkan dia kejap je, nak ambik barang dalam rumah.

“Dia tekan lock dan tak tau nak unlock. Lepas call my kawan saya, baru pintu dapat bukak. Kalau tak memang kasi pecah itu cermin,” tulisnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu mendedahkan anak perempuannya terperangkap selama 15 minit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menasihati Nubhan supaya menurunkan tingkap serta pintu kereta tidak ditutup rapat untuk mengelakkan perkara sama berulang lagi.

“@norbaitiabangkarim: Huhu lain kali tinggalkan anak buka tingkap dan kalau boleh janganlah huhu.”

“@suzlinsalleh: Lain kali buka tingkap sikit. Ni bukan cakap apa cakap kat diri sendiri juga. Sebab pernah kena. Lepas tu memang buka tingkap separuh kalau nak amik barang dalam rumah je pun.”

“@diandades: Aduhai. Lain kali nak letak anak kat dalam kereta, buka tingkap kereta luas-luas.”

Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @nubhan.ahmad

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.