“Korang Gelakkan Cik B, Dia Gelak Tengok Akaun Bank Korang” Netizen

Siapa yang tak kenal dengan anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B. Baru-baru ini Cik B menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej bersolek sebagai penghias kulit sebuah majalah.

Rata-rata netizen terkejut dengan imej gadis berusia 14 tahun ini yang lain dari kebiasaannya, malah ada yang mengatakan penampilannya itu membuatkannya persis penyanyi antarabangsa terkenal, Missy Elliot.

Bagaimanapun, seperti biasa pasti ada netizen mentertawakan dan mengutuk gadis tersebut. Malah ada netizen turut mengaitkannya dengan produk pemutih kulit yang dijual ibunya.

Namun, ada netizen menyelar pihak yang mengutuk Cik B dengan mengatakan ramai yang ketawakan gadis tersebut, tetapi hakikatnya akaun bank mereka belum tentu berduit. Ramai netizen bersetuju dan mengatakan walaupun Cik B masih muda tetapi dia mempunyai perniagaannya sendiri.

Kata netizen lagi, cantik itu subjektif dan Cik B masih muda serta belum terfikir lagi untuk bergaya. Netizen berkata, meskipun Cik B baru berusia 14 tahun tetapi sangat melindungi keluarga terutama ibunya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @datoserivida

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.