“Sering Berkongsi Video Dan Gambar Anak Tapi Hanya Separuh” Elfira Loy Perjelas Belum Dedah Wajah Anak

Baru saja menimang cahaya mata pada 1 Oktober lalu, pasti ramai yang mahu melihat wajah comel anak sulung Elfira Loy. Bagaimanapun, Elfira membuat keputusan untuk tidak mendedahkan lagi wajah anak lelakinya kepada umum.

Ditanya netizen mengenai perkara itu, Elfira berkata dia hanya mengikut nasihat orang-orang tua supaya mengelak dari anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf terkena penyakit hati manusia.

“Sebab orang-orang tua nasihat, jauhkan penyakit Ain, bukan penyakit misteri tapi penyakit hati manusia, kot-kot ada yang dengki. El okay je tapi kita dengar jelah,” jawab Elfira.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu juga, Elfira turut menjawab soalan netizen berkenaan maksud nama anaknya dan bercerita tentang proses bersalin yang dilaluinya.

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan  dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.