“Hadiah Terindah,” Genap Usia 2 Tahun Amar Bawa Anaqi Melawat Makam Rasulullah SAW

Selamat ulang tahun diucapkan kepada Aqeef Anaqi! Pejam celik rupanya anak kepada selebriti terkenal, Amyra Rosli dan Amar Baharin sudah menginjak usia dua tahun.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hati ibu bapa apabila dapat melihat anak membesar sempurna di depan mata. Justeru itu, sementara berada di Mekah, Amar telah membuat sesuatu yang paling bermakna sempena hari jadi Anaqi.

Melawat makam Rasulullah, hadiah untik Anaqi

Menerusi muat naik di Instagram pelakon itu, genap usia dua tahun pada 15 Oktober lalu, Amar memutuskan mahu membawa anaknya melawat makam Rasulullah sebagai hadiah hari jadi.

Rezeki Anaqi, dipermudahkan masuk ke kawasan Raudah

Menurut Amar, dia  percaya bahawa rezeki anaknya membuat perjalanan menuju ke kawasan Raudah dipermudahkan. Baginya, itulah hadiah yang paling terindah.

“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy Aqeef Anaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki Anaqi syukur alhamdulillah…”

Semoga jadi anak soleh…

Ruangan komen dihujani dengan ucapan selamat hari jadi dan juga doa, agar Anaqi membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada ibu bapa.

Selamat hari jadi Anaqi…

Hadiah paling indah

Seronok tengok kebahagiaan keluarga kecil ini, semoga Anaqi dan keluarga dipermudahkan menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @amarbaharin

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.