“Hanya Menunggu Masa..” 2 Anak Sekaligus Diuji Sakiit Jantvng Kr0nik, Ibu Ini M0hon Bantuan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu muda bernama Farah Idayu, apabila dua daripada tiga orang anaknya diuji dengan masalah jantung.

Anak kedua dan anak ketiganya juga menghadapi beberapa komplikasi lain selepas mereka dilahirkan, membuatkan ibu muda ini tenggelam punca memikirkan nasib anak-anaknya.

Fatihah hanya menanti masa…

Menurut Farah, anak kedua yang diberi nama Nur Fatihah mengalami jantung, disamping disahkan tiada pembuluh darah dan sakit jantung berlubang.

Lebih memilukan, doktor memberitahu bahawa keadaan anak keduanya tidak dapat diselamatkan dan hanya menunggu masa, memandangkan tiada ubat atau kaedah pembedahan yang dapat membantu anaknya.

“Tiada rawatan untuknya di dunia ini, kalau Fatihah sakit, dia hanya mampu menahan kesakitan kerana tiada ubat. Kadang-kadang akan pengsan, batuk dan kencing berdarah…”

Aisyah pula bakal dibedah…

Manakala, anak ketiga pula, bernama Nur Aisyah baru berusia 3 bulan. Sejurus dilahirkan bayi itu telah dimasukkan ke NICU HTJ kerana masalah jantung berlubang VSD + PDA + ASD.

Farah memberitahu, perancangan Aisyah menjalani pembedahan masih lagi di dalam pantauan, memandangkan dia masih lagi kecil.

Tiada siapa yang sudi membantu

Suami bekerja di pasar malam dan Farah pula tidak bekerja kerana perlu menjaga anak-anaknya menyebabkan wang menjadi masalah kerana terpaksa menanggung kos perubatan dan membeli susu khas yang harganya juga agak mahal.

Meskipun ada yang mengetahui keadaan anak keduanya, namun katanya tiada siapa sudi membantu memandangkan mereka mengetahui bahawa Fatihah tiada harapan untuk hidup.

“Tiada siapa yang sudi membantu apabila mendapat tahu Fatihah hanya menunggu mati…”

Pada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan, boleh salurkan dana ke akaun bank atas nama Farah Idayu binti Mohd Shah 888 1031 6419 71 (Ambank) atau boleh hubungi 017-2381446.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Pa&Ma

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.