“Peserta Dewi Remaja 2019 ‘Dikvrung’ 54 Hari,” Elak K0ntroversi Lama Berulang Kembali

BEBERAPA peraturan diperketatkan sepanjang pertandingan Dewi Remaja 2019 bagi mengelakkan kontroversi melibatkan masalah sosial yang terjadi pada tahun lalu tidak berulang kembali.

Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, 12 peserta yang bertanding akan dikuarantin di sebuah rumah khas sepanjang program berlangsung.

Malah, perkembangan media sosial mereka dipantau bagi mengelakkan peristiwa lepas tidak berulang.

“Dewi Remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas.

Seramai 12 peserta bakal bertanding bagi merebut gelaran juara Demi Remaja 2019.

“Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang,” ujarnya kepada mStar.

Dewi Remaja 2018/2019 mencetuskan kontroversi apabila kejuaraan Haneesya Hanee ditarik balik berikutan penyebaran video pesta arak bersama beberapa peserta lain.

Perkara itu menjejaskan imej pertandingan yang telah melahirkan ramai selebriti popular tanah air yang menjadi idola remaja.

Fiezreen ditemui ketika sidang media memperkenalkan peserta Dewi Remaja 2019 di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.

Tambahnya, kategori baharu berkaitan pengetahuan am turut diperkenalkan dan menjadi salah satu kriteria pemarkahan peserta.

Mereka akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lepas agar tidak berulang.

FIEZREEN AHMAD

Editor Pengurusan Majalah Remaja

“Dewi Remaja kali ini turut menyuntik elemen pengetahuan am sebagai salah satu elemen utama dalam memilih peserta yang disenarai pendek,” ujarnya.

Seramai 12 peserta itu iaitu Andrianna Fernandez, 19, Shaza Nuriman, 24, Nynaa Harizal, 23, Sharlina Gilbert, 23, Nina Amin, 23, Syamira Izzati, 22, Adriana Ghaafar, 21 dan Aishah Azhan, 24.

Turut bertanding Shatirah Amanda, 19, Saidah Syahirah, 23, Myra Natasya, 24 dan Syaza Azra, 19.

Dewi Remaja edisi ke-10 ini bakal bersiaran setiap hari Sabtu, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 Oktober.

Gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee (tengah) dilucutkan berikutan kontroversi pesta arak.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan menjadi juri tetap bersama gandingannya, iaitu pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim.

Dalam pada itu, model dan selebriti, Amelia Henderson akan bertindak sebagai hos program berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.