“Tak Datang Pula..” Lufya Kessal Suami Tidak Hadir Ke Mahkmah

PETALING JAYA: Pelakon Lufya Omar kesal suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permoh0nan cerrai mereka di Mahkmah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, pagi tadi.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar berkata, suaminya sudah diberi notis awal untuk hadir ke mahkmah, namun g4gal menunjukkan muka.

“Terkilan sebab perkara ini boleh diselesai dan ‘disembuhkan’ dengan cepat. Ia bukan membabitkan soal saya dan dia sahaja, tetapi anak kami juga.

LUFYA tidak dapat meneruskan kes sebutan permohonan cerrai selepas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz tidak hadir ke mahkmah.

“Saya kena sembuh daripada kesakitan ini. Selama ini, saya seperti did3ra jiwa. Siapa yang kahwin nak bercerrai, tapi saya dapat petunjuk sebaliknya.

“Saya tidak mahu lagi terus berada dalam perkahwinan yang penuh toksik ini,” katanya kepada pemberita sejurus berakhirnya prosiding di mahkmah.

Ditanya mengenai tindakan suami membuat laporan p0lis atas dakwaan tudhan dilemparkan Lufya keterlaluan, pelakon ini berkata, dia belum menerima apa-apa makluman daripada pihak berkuasa.

“Saya berani kerana benar. Hendak s4man atau apa-apa sekali pun saya bersedia,” katanya yang mendakwa sudah lebih empat bulan digantung tak bertali.

Dalam prosiding itu, peguam syarie, Fadhlina Siddiq yang mewakili Lufya memaklumkan saman kepada defendan diserahkan di tempat kerjanya di Jempol, Negeri Sembilan pada 7 Oktober lalu.

“Pihak kami tiada maklumat mengenai ketidakhadiran defendan pada hari ini dan memohon tarikh lain untuk sebutan permohonan cerrai mengikut Seksyen Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya.

Hakim syarie, Shukran Yusof menetapkan 18 November depan bagi kedua-dua pihak hadir dan memaklumkan prosiding boleh diteruskan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016. Mereka dikurniakan anak perempuan, Laana Haura, yang berusia dua tahun.

Pergolakan rumah tangga Lufya dan suami ‘dihidu’ media pada Oktober, tahun lalu hingga diperkatakan ramai. Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.