“Ditegur Gara-Gara Disangka Mahu Menyimpan Tali Pusat Anaknya,” Ini Jawapan Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy ditegur netizen selepas gara-gara disangka mahu menyimpan tali pusat anaknya Muhamad Rayyan Khalaf.

Kapsyen yang ditulis Elfira dalam bahasa Inggeris menerusi satu kemas kini di akaun Instagram anaknya itu telah disalah erti netizen.

“Gonna keep this,” tulisnya dibawah foto tali pusat anaknya.

Rata-rata menegur tindakan Elfira selepas menyangka pelakon itu mahu menyimpan tali pusat tersebut tanpa ditanam seperti yang patut dilakukan.

“Tak boleh simpan El, kena tanam sebab ia sebahagian daripada tubuh dan dah jadi bangkai.

“Ustaz cakap memang kena tanam.

“El, jangan simpan, sebaiknya kena tanam sebab dah jadi bangkai…kalau tak salah,” komen antara netizen.

Namun Elfira tidak mendiamkan diri malah tampil memberi penjelasan.

“Yelah cheqq oiii, simpan tanamlah tak kan simpan buh jadi keychain pula. Means not throwing it,” jawabnya.

Tidak kurang juga di antara netizen yang  menegur sesetengah warganet yang cepat membuat andaian atau serkap jarang.

Elfira dan suami Muhamad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari tahun ini dan menimang putera sulung pada 1 Oktober baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @elfiraloy

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.