“Tak Sejuk Ke Malam-Malam Pakai Mini Dress” Farahdhiya Dipuji Cantik Selepas Tayang Peha Putih Gebu

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran penyanyi, Farahdhiya Mohd Amin setelah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim kedua pada tahun 2015.

Sekiranya dilihat menerusi laman Instagram, penyanyi yang berusia 35 tahun itu gemar membuat pelbagai perkongsian menu masakan bersama pengikutnya.

Terbaru, Farahdhiya berkongsi beberapa keping gambar ketika keluar lepak bersama rakan-rakannya di sebuah restoran mewah yang terletak bersebelahan dengan menara berkembar Kuala Lumpur.

Pelakon drama Spa Q itu meluangkan masa bersama beberapa rakan wanita termasuk penyanyi Intan Sarafina setelah mereka dikatakan lama tidak berjumpa atas faktor kesibukan bekerja.

Menerusi posting tersebut, Farahdhiya tampil menggayakan busana elegan bermotifkan bunga sehingga mendedahkan bahagian pehanya dan menerima pujian peminat di ruangan komen.

Setelah melihat gambar tersebut, ramai netizen memuji kecantikan fizikalnya yang kelihatan tidak ubah persis seorang model antarabangsa.

Work hard, paid off!

Awak paling cantik!

Dah la cantik, pandai masak pulak tu!

Very beautiful queen!

Kalau dah berdarah kacukan Melayu-Inggeris tu, pakailah busana apa pun tetap nampak cantik dan anggun umpama bak bidadari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @farahdhiya_fd

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.