“Hubungan Kami Okey,” Status IG St0ries Tak Tuju Pada Intan Najuwa, Tunang Beri Penjelasan

Enggan disalah erti berkaitan muat naik luahan hati di Insta Story baru-baru ini, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli menjelaskan status tersebut bukan ditujukan kepada aktres kecil molek itu.

Sebaliknya, ia hanya memberi motivasi dan sering berkongsi perkara positif di Instagram.

Memetik laporan, usahawan berusia 38 tahun itu turut mengulas dia jarang mengambil tahu perkembangan dunia hiburan kerana di luar bidang kemahirannya.

Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua.

“Saya selalu sahaja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.

“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,” ujarnya.

Dalam pada itu, usahawan ini turut mengakui sedang dalam proses membimbing bakal isteri demi masa depan selepas diijabkabul nanti.

Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa, saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.

“Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana.

“Hubungan kami okey sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama.

Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.

“Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik.

“Saya juga tidak menaruh perasaan marah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikritik,” katanya seperti yang dipetik.

Tidak terus melatah, sebaliknya lelaki ini tetap memberi izin untuk tunang meneruskan kerjaya lakonan selepas bergelar isteri kelak.

Ya, saya memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi heroin selepas kami berkahwin,” jelasnya lagi.

Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru bersempena hari kelahiran Intan yang ke-22.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.