“Menangis Ceramah Di UTHM, Pelajar Yang Baik AkhIak Dan Sifat Baik..” Luahan Ebit Lew Buat Ramai Sebak

Ebit Lew seorang ustaz dan pendakkwah bebas yang sangat terkenal dengan cara beliau berdakwah dan sangat berbudi bahasa dan sangat lembut tutur bicaranya. Beliau juga sanggup ke setiap lorong untuk berdakwah. Cara beliau memang sangat disukai ramai dan sangat menusuk ke dalam hati siapa yang mendengar dan laluinya.

Beliau juga seorang yang sangat ‘humble’ dan romantik dengan bidadarinya. Beliau melayan anak-anak sama persis ibubapanya melayan beliau. Ustaz juga seorang yang sangat disenangi ramai. Setiap kali pulang dari majlis ceramah luar kawasan beliau pasti akan membawa hadiah untuk isteri dan anak-anak kesayangan beliau.

 

View this post on Instagram

 

Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai kl terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya Suka sangat walau kecil kejutan wat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kaseh Allah Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k. Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka. Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary -ebitlew #www.transformjiwa.com #jomDaftarKeluargaSunnah #oktober2019 #tourSemuaNegeri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terbaru beliau telah berkongsi video suasana ketika ceramah di UTHM. Beliau juga memuji pelajar UTHM yang sanggup menunggu beliau kerana slot bersama beliau pada 10.30 malam. Siapa sangka ketika ceramah beliau menitiskan airmata kerana terasa terharu.

“Tadi menangis ceramah di UTHM.😘😘 Baik pelajar uthm. Akhlak dan sifat baik. Kagum ramainya orang sanggup tunggu walau ceramah saya dijadualkan mula 10.30malam. Menangis tadi sebab dah lama teringin nak sampaikan pada semua pelajar dan anak muda. Saya sayang uthm dan semua. Sambung perjuangan Nabi saw. Nabi saw berjuang untuk kita habis-habisan.sayang Nabi saw dan terlalu ingin bertemu Rasulullah saw.. Keinginan Nabi saw supaya Islam sampai pada setiap orang. Sebak bila tadi ada ramai bukan Islam hadir. Takde langsung yang berganjak. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw. Jika nak sayang atau terlalu rindu sehingga menangis atau benar-benar nak ikut seseorang. Tiada yang lebih layak lebih dari Rasulullah saw. Temukanlah kami semua dengan Rasulullah saw😭😭😭😭😭

Menangis sebab ramai anak muda dijalanan,kelab,bawah jambatan, di sekolah dan universiti ramai tinggal solat. 50 orang saya jumpa sehari ada 5 orang jer solat. Setakat yang saya jumpa. Semua baik-baik. Kita kena bantu sayang, doa dan bimbing semua. Sedih sangat.Kami perlukan semua adik bantu dakwah ini.-ebitlew

Jemput semua bersama dalam Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri Akhir di Kuala Lumpur pada 24 November 2019. Daftar segera di link di bio”

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

Tadi menangis ceramah di UTHM.😘😘 Baik pelajar uthm. Akhlak dan sifat baik. Kagum ramainya orang sanggup tunggu walau ceramah saya dijadualkan mula 10.30malam. Menangis tadi sebab dah lama teringin nak sampaikan pada semua pelajar dan anak muda. Saya sayang uthm dan semua. Sambung perjuangan Nabi saw. Nabi saw berjuang untuk kita habis-habisan.sayang Nabi saw dan terlalu ingin bertemu Rasulullah saw.. Keinginan Nabi saw supaya Islam sampai pada setiap orang. Sebak bila tadi ada ramai bukan Islam hadir. Takde langsung yang berganjak. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw. Jika nak sayang atau terlalu rindu sehingga menangis atau benar-benar nak ikut seseorang. Tiada yang lebih layak lebih dari Rasulullah saw. Temukanlah kami semua dengan Rasulullah saw😭😭😭😭😭 . Menangis sebab ramai anak muda dijalanan,kelab,bawah jambatan, di sekolah dan universiti ramai tinggal solat. 50 orang saya jumpa sehari ada 5 orang jer solat. Setakat yang saya jumpa. Semua baik-baik. Kita kena bantu sayang, doa dan bimbing semua. Sedih sangat.Kami perlukan semua adik bantu dakwah ini.-ebitlew Jemput semua bersama dalam Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri Akhir di Kuala Lumpur pada 24 November 2019. Daftar segera di link di bio

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

KOMEN NETIZEN:

Min doakan semoga ustaz sentiasa dirahmati dan sentiasa berdakwah dan ceramah. Ustaz juga dijadikan idola oleh semua orang kerana cara ustaz dan juga keperibadian ustaz.

(TEKS BY STAFF KL PRESS)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @ebitlew Via KL PRESS

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.