“Sudah-Sudahlah Drama, Lambat Atau Cepat Orang Akan Tahu” Suami Lufya Reda Dialbkan, Serah Mahkmah Buat Keputusan

SUAMI kepada pelakon Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menyelar tindakan isterinya yang berterusan memberi kenyataan mengenai isu rumah tangga mereka kepada umum.

Menurut Che Muhammad Hafiz, tindakan tidak matang Lufya itu dilihat sekadar untuk meraih simpati masyarakat semata-mata.

“Sudah-sudahlah drama… lambat atau cepat orang akan tahu juga kebenarannya dan saya masih ada tahap kesabaran, boleh berfikir secara waras.

“Saya fikirkan dia ibu kepada anak saya jadi tidak patut untuk saya bertindak seperti mana yang dilakukannya sekarang… tapi kalau dengan cara itu dia berasa puas dan dapat malukan saya, terpulanglah.

“Dia aiibkan saya, saya diam. Dia buat dakwaan bukan-bukan, saya masih diam. Malah, dia lebih banyak buka aib rumah tangga,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Hafiz telah membuat lap0ran p0lis terhadap isterinya yang juga pelakon, Lufya.

Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mendakwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat Lufya berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suami yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Sementara itu, Hafiz sebelum ini mendedahkan dia sudah menceraikan isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.

Bagaimanapun, dinafikan Lufya yang mendakwa dia tidak menerima sebarang mesej lafaz cerai dari suaminya itu.

“Perkara yang berlaku adalah membabitkan hubungan kekeluargaan antara suami dan isteri. Saya percaya adalah lebih baik diselesaikan dengan baik tanpa perlu membuka aib mana-mana pihak!”

CHE MUHAMMAD HAFIZ

Suami Lufya

Meskipun rumah tangganya sedang dilanda badai, Che Muhammad Hafiz memberitahu dia tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka iaitu Laana Haura.

“Mengenai anak kami, tidak mengapa dia masih mempunyai hak dan saya tidak pernah lupa tanggungjawab saya pada anak.

“Apa yang penting, saya dan keluarga tahu. Macam dikatakan sebelum ini, biarlah mahkmah yang membuat keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, Che Muhammad Hafiz turut berpendapat isu membabitkan hubungan suami dan isteri ini haruslah diselesaikan secara berhemah tanpa melibatkan mana-mana pihak.

“Perkara yang berlaku adalah membabitkan hubungan kekeluargaan antara suami dan isteri. Saya percaya adalah lebih baik diselesaikan dengan baik tanpa perlu membuka aiib mana-mana pihak.

“Dia kata dia cuba nak berbaik dan menjadi kawan demi anak. Tapi, tidakkah dia berfikir apa yang dia sudah buat pada saya? Dia mengaibkan saya dan menjejaskan kehidupan kami yang sepatutnya boleh diselesaikan secara harmoni,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.