Zarina Zainuddin Bawa Madu Dan Anak Avtisme Tunai Umrah

Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat umrah bersama ibunya Zahura, anak lelaki Muhammad Raizal Azrai dan madunya Datin Seri Hajah Norhasimah hari ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon berusia 48 tahun itu mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang dilakukan selama ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan,” tulisnya.

Pelakon drama 30 Pesanan Suara itu juga turut berdoa agar perjalanan dan ibadah mereka dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.

“Doakan perjalanan kami selamat pergi & balik dan mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Assalamualaikum, Sahabatku Sebelum Saya Berangkat Ke Mekah Dan Medina Pada 19/10/2019 – 29/10/2019 Saya Menyusun Sepuluh Jari Minta Ampun Dan Maaf Jika Ada Terkasar Bahasa, Tergurau Kasar Yang Menyinggung Perasaan Atau Lain 2 Yang Tidak Menyenangkan Dalam Persahabatan Tanpa Saya Sedari, Jika Saya Ada Berhutang Boleh Hubungi Saya Halalkan Makan Dan Minum Saya, Doakan Semoga Saya Dipermudahkan Segala Urusan Umrah Dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Sepanjang Saya Di Tanah Suci….. Semoga Allah Membalas Jasa Baik Atas Doa2 Anda Juga Semoga Allah Permurahkan Rezeki, Memberikan Kesihatan Yang Baik, Persahabatan Kita Hingga Till Jannah In Sha Allah….. Tabakallahminawaminkum…. Azal Azrai

A post shared by azalazrai (@azal_azrai) on

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut di Instgram turut mendoakan supaya perjalanan sebagai tetamu Allah itu akan berjalan dengan lancar.

Semoga dipermudahkan!

Selamat pergi & balik

Semoga dapat umrah yang mabrur

Untuk makluman Zarina merupakan isteri kedua suaminya, Abdul Raihan Wan Jaafar yang menjalani kehidupan bermadu sejak 26 tahun dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @zarinazainuddin_

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.