“Langit Hitam Bawa Belalai Air,” Penduduk Jitra Lavng Azan M0hon Perlindungan

Sejak beberapa minggu ini, cuaca di seluruh negara dilaporkan dalam keadaan yang kurang baik. Hal ini demikian kerana hujan lebat beserta ribut petir kerap melanda sekitar waktu petang.

Sebentar tadi, menerusi satu video yang tular di media sosial, fenomena belalai air ataupun puting beliung kecil telah melanda Kampung Pida 4, Ayer Itam, Jerlun, Kedah.

Penduduk kampung laung azan

Video yang berdurasi kira-kira 29 saat itu jelas sekali memperlihatkan pusaran angin dan awan hitam di kawasan lapang bergerak ke kawasan kampung.

Melihat fenomena tersebut, penduduk kampung bertindak melaungkan azan supaya tiada perkara buruk melanda kampung tersebut.

Langit gelap, angin kuat

Warganet yang turut berada di kawasan kejadian turut berkongsi keadaan yang terjadi ketika itu di ruangan komen sumber. Kelihatan suasana gelap tersebut begitu menakutkan berikutan angin kencang serta ribut.

Semoga semuanya selamat

Sehubugan dengan itu, menerusi ruangan komen sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa khuatir dengan kejadian itu. Mereka turut berdoa agar kejadian tersebut lekas berhenti dan cuaca kembali dalam keadaan baik.

Semua pihak diminta agar berhati-hati dan elakkan diri daripada melakukan aktiviti di luar rumah suapaya tiada sebarang kejadian tidak diingini terjadi.

Semoga tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Penang Kini

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.