“Orang Layan Macam Sampah Bila Kau Tiada Apa-Apa” Waris Dedah Sesuatu Yang Mengejutkan Sebelum Dia Berjaya

PENYANYI rap Waris berkongsi keterujaan apabila menerima anugerah Asean top 50 Media Sosial Influencer pada Sabtu lalu.

Waris atau nama sebenar Muzammil Alias, 30, berkata, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan untuk berada pada tahap ini.

This time we need to go out and win, no plan B. Fuzz (DJ Fuzz) beritahu aku dah dimakan usia, tak ada masa nak buang masa tunggu-tunggu lagi. Kali ini dianugerahkan Asean Top 50 media Social Influencer.

“Orang layan macam sampah bila kau tiada apa-apa, tapi masih enjoy melalui proses itu walaupun perit nak mati. Rasa nak putus asa… biasalah manusia kan?,” katanya menerusi Instagram.

Waris berkongsi rasa teruja di Instagram.

Sementara itu, Waris turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh individu yang sama-sama membantu menaikkan namanya dalam industri seni suara.

Malah, segala keperitannya sepanjang bergelar anak seni dirasakan berbaloi dengan penghargaan tersebut.

“Syukur sangat aku ‘memilih’ orang sekeliling yang betul-betul nak tengok aku berjaya, lambat atau cepat nak capai sesuatu, proses itu yang paling penting.

Trofi dan sijil penghargaan yang dimenangi.

“Dan selepas melalui emosi terganggu, depresi dan anxiety telah membawa aku ke sini, tahap ini, hari ini! Sabar jelah, sabar jelah dan sabar!,” ujarnya.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan yang diberikan kepada individu yang berpengaruh di Asia Tenggara.

Ia telah dianjurkan oleh Asean Outstanding Business dan berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @warisn9

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.