“Pegang IC Mak,” Anak Derhka Bvang Ibu Depan Kedai Dengan Beg Baju

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Demikian kenyataan yang sering kita dengar apabila berkaitan dengan penjagaan orang tua.

Umur 80 tahun kena tinggal anak

Hal ini dapat dibuktikan apabila satu posting mengenai seorang ibu tua yang ditinggalkan oleh anak perempuannya tular di media sosial sejak semalam.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Cek Rozz Jannah telah menyebabkan warganet berang dengan tindakan anak kepada wanita tua itu.

Turun beli barang sambil bawa beg baju mak

Menurut posting tersebut, makcik yang dikenali sebagai Aisyah telah ditinggalkan anaknya sekitar jam 3 petang dihadapan kedai sehingga waktu malam. Dia yang berusia 80 tahun turut memberitahu semasa turun membeli barang, anaknya membawa sekali beg pakaian sebelum pergi meninggalkan ibunya dengan alasan ingin mencuci kereta.

Tunggu dari petang sampai malam depan kedai

Akan tetapi selepas beberapa jam, bayang anaknya masih belum muncul sehingga malam membuatkan orang sekeliling membawanya ke balai polis berhampiran.

Anak bongsu yang buang

Berdasarkan maklum balas daripada posting tersebut, ada beberapa individu mendakwa mengenali wanita tua itu dan juga anaknya.

Anak memang dah tak mau bela mak

Selain itu, menerusi komen dalam posting itu juga, mereka telah menyatakan bahawa pihak polis sudahpun menghubungi keluarga wanita tersebut, namun ahli keluarganya mengakui memang mereka enggan lagi menyara ibunya.

Dah dibuang, IC pula dipegang

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat, rata-rata warganet terus-terusan mengecam tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan anak wanita itu. Mereka juga menzahirkan rasa kesal dan berharap agar anaknya yang dikatakan bernama Jannah akan insaf serta bertanggungjawab atas kesilapan yang dibuat.

Si Tanggang Moden

Semoga Jannah insaf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Cek Rozz Jannah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.