“Sudah Berbaik Dengan Isteri,” Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Terbaru

Umum sedia tahu bahawa rumah tangga pengasas kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri dan isterinya sedikit bergolak. Walaupun tidaklah sehingga mengakibatkan pergaduhan besar, namun, posting-posting mereka berdua di Instagram jelas menunjukkan hubungan yang sedang diuji.

Ini diperkuatkan lagi dengan muat naik ibu Aliff Syukri yang mengiyakan masalah rumah tangga anak lelakinya itu. Hampir beberapa bulan juga pasangan tersebut tidak bergambar bersama dan membuatkan netizen mulai mengesyaki sesuatu.

Saling memohon maaf

Walau bagaimanapun, hubungan Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida telah pun kembali pulih. Hal tersebut dimuat naik Aliff sendiri di Instagram miliknya dan memaparkan dia memohon maaf kepada isteri tercinta sambil berlinangan air mata.

 

View this post on Instagram

 

smua orang nak bahagia dalam perkahwinan setuju tak?? kalau setuju komen di bawah👇🏻 . . Bagi abang nak berkahwin itu amat mudah tetapi nak mempertahankan perkahwinan itu bukan satu perkara yang mudah banyak dugaan cabaran dan kesabaran.. yang perlu dilalui.. Pergaduhan dalam perkahwinan itu memang normal apatah lagi kami adalah pasnagan kontra dari smua sudut.. siapa yang tak pernah bergaduh dalam rumah tangga sy pasti smua pernah .. begitu juga sy..itulah lumrah kehidupan cuba bayangkan dua kepala yg dilahirkan berbeza perut,nak hidup sekali sampi kemati… mungkin rambut sama hitam hati lain-lain dan didikan keluarga pun berbeza beza,pendapat dan ego..sedangkan dengan ayah dan mak pun kekdang kita tidak sependapat … dan kadang kala mahu bergaduh… inikan pula suami isteri … orang yang belum berkahwin mungkin tidak akan faham apa yang abang rasa ini.. bagi abang dlm perkahwinan berhenti mencari kesalahan masing- masing kadang kala tak semua benda kita betul… . . . tak guna pun kalau Kita cari siapa betul atau siapa yang menang ??pokok pangkalnya kita cari titik keserasian untuk memperbetulkan keadaan dan yang paling penting kita kena tahu syurga isteri tetap bawah kaki suami tapi suami pun kena pandai main peranan lah ..jangan pula disebabkan syurga kat bawah kaki suka hati saja nak pijak isteri begitu juga dengan isteri kadang kala isteri ini kena lah belai dan faham suami..jgn suami buat baik.. dipijak kita pula Kesimpulannya tak pernah ada benda yang sempurna dalam Hidupan maklumlah kita bukan hidup dalam syurga kalau semua sempurna.. itu namanya syurga ..Apa pun terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang hubungan kami sekeluarga.. terima kasih doa kalian smua.. syukur alhamdulillah segalanya telah berdamai sebab apa?? yang berlaku ini biarlah kami sahaja yg tahu.. kami dua dua salah dan kami akan betulkan kesalahan kami..apa pun saya sayang awak sampai mati @shahidadherbs dan family kita❤️ dan lagu #cubabahagia itu sy ciptakan sempena kisah sedih saya yg bergaduh hanpir 3bulan😢

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Hargailah orang tersayang

Posting tersebut telah mendapat maklum balas positif daripada netizen kerana bersyukur atas perkembangan baik pasangan itu. Mereka juga turut meninggalkan pesan agar pasangan ini saling mengambil ikhtibar dan mendoakan agar hubungan Aliff Syukri dan isterinya kekal sehingga ke Jannah.

Alhamdulillah dah berbaik

Berkat doa semua

Keluar lagu baru

Namun begitu, disamping posting yang disertakan dengan kapsyen panjang lebar, Aliff Syukri sempat memberitahu bahawa akan mengeluarkan lagu terbaru bersempena dengan kisah sedih akibat pergaduhan dengan isteri yang berlaku hampir tiga bulan ini.

Single yang bertajuk Cuba Bahagia ini boleh didengari di hujung posting video di Instagram tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.