“Selepas Kereta Mewah Terb4kar,” Raffi Ahmad Buat Pengumuman Yang Mengejutkan

“Bukan pamit, istirehat sejenak” itu antara kata-kata akhir daripada pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad yang memutuskan untuk berehat seketika dari dunia seni.

Tambah pelakon filem 40 Hari Bangkitnya Pocong itu, keputusannya untuk berehat demi meluangkan lebih masa bersama keluarga terutama isteri, Nagita Slavina dan anak lelakinya, Rafathar.

 

View this post on Instagram

 

🙁😊😇🙏 . Statement nnt gw post di youtube @rans.entertainment 😊😊 mlm ini ..

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on

“Alhamdulillah sudah 20 tahun dalam dunia hiburan Indonesia. Banyak yang percaya pada saya, Gigi (panggilan isteri) dan Rafathar.

“Banyak yang saya lalui daripada segi kehidupan dan pastinya kerjaya. Sepanjang hidup saya diisi kerja, kerja, kerja sampai semuanya banyak yang ketinggalan. Termasuk keluarga.

“Keputusan yang amat berat. Setelah membuat pertimbangan dalam tempoh yang panjang, saya memutuskan untuk beristirehat sejenak daripada kegiatan saya di sini.

“Saya mahu berubat, mahu berhibur dan melakukan perkara yang membuat keluarga saya bahagia,” tulisnya menerusi entri di Instagram malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

❤️❤️🙏🙏❤️❤️

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on

Terdahulu, Raffi dikejutkan dengan insiden kereta mewah Lamborghini Aventador hitam yang tiba-tiba terb@kar di Bogor, Indonesia pada Sabtu lalu.

Difahamkan ketika kejadian Raffi dalam perjalanan menuju ke sebuah majlis namun jentera mewah bernilai RM5.6 juta itu tiba-tiba berasap kerana overheat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram @raffinaqita1717

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.