“Duda Memang Hensem,” Bergandingan Dengan Mira Filzah, Ramai Puji Ketampanan Fizo Omar

Terbaru, pelakon Fizo Omar ada berkongsi sekeping foto bersama rakan pelakon Mira Filzah menerusi akaun Instagram miliknya.

Difahamkan, keduanya digandingkan bersama untuk sebuah drama bersiri terbaru berjudul Adellea Sofea.

“Semalam dia marah aku…hari ni dia senyum2 mcm gitu plak @mfmirafilzah 

“Ape kes si Ikram n sofea ni..#adelleasofea #akasia @tv3malaysia @dramasangat,” tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Fizo telah menjadi perhatian dan mendapat pujian peminat.

Malah, peminat turut merasakan gandingan Fizo bersama Mira secocok dan sepadan selain ada yang memuji fizikal bapa tunggal ini. 

Terdahulu, Fizo telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan terkenal, Mawar Karim pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 10 Julai lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @fizoomar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.