“Tiada Gimik Mvrahan Dan Majlis Gah,” Tokti keluar lagu baru masa live di Meletop

Umum sedia tahu rancangan Meletop yang bersiaran pada setiap Selasa jam 9.00 malam di Astro Ria akan menyajikan perkembangan-perkembangan selebriti Tanah Air dan juga kisah-kisah di sebalik industri hiburan Malaysia.

Malam tadi, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah menjadi tetamu undangan di rancangan kendalian dua pengacara hebat iaitu Nabil Ahmad dan juga Neelofa.

Buat kejutan lepas promosi kempen

Kehadiran TokTi ke Meletop adalah bagi mempromosikan Kempen SIMPLYSITI Di Hati yang sudah mulai dijalankan sejak tahu 2014 iaitu kempen membantu kanak-kanak penghidap masalah jantung melakukan pembedahan perubatan.

Namun begitu, disebalik kemeriahan mempromosikan kempen tersebut, penyanyi kesayangan ramai itu telah membuat kejutan dengan menyanyikan sebuah lagu barunya secara langsung di Meletop.

 

View this post on Instagram

 

Comelnyaaa @ctdk 😍🙈 Terima kasih semua yang menonton! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Terus umum ada lagu baru

Tindakan tersebut agak mengejutkan ramai kerana tanpa sebarang gimik ataupun majlis pelancaran yang gah, Tokti telah mendendangkan sebuah lagu bertajuk Terang yang mendapat sentuhan daripada komposer Aubrey Suwito dan penulis lirik, Shah Shamshiri.

 

View this post on Instagram

 

Istimewa kali ini, single terbaharu saya yang berjudul “Terang” sudah pun diperdengarkan buat kali pertama di program Meletop malam ini. Lebih menggembirakan saya apabila lagu ini telah dipilih menjadi lagu tema kempen SIMPLYSITI DI HATI. Lagu ini dihasilkan oleh komposer Aubrey Suwito dan penulis lirik, Shah Shamshiri. Sesuai dengan judulnya “Terang”, lagu ini saya dedikasikan sebagai hadiah dan semangat kepada kanak-kanak pesakit jantung untuk mereka sembuh semula dan seterusnya membantu mereka untuk meneruskan kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain. Semoga Terang dapat menerangi hidup kalian ❤️❤️❤️❤️. Dapatkan lagu ini di pelantar digital/streaming pada 1 November ini. 👍👍 #Terang #simplysitidihati2019

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Diva sangat!

Hal tersebut bukan sahaja mengejutan ramai pihak malahan memberikan persepsi positif kepada seluruh peminatnya kerana tidak memerlukan sebarang gimik untuk mengeluarkan lagu baru dan cukup sekadar menghadiri rancangan hiburan secara langsung.

Lagu bertajuk Terang tersebut merupakan lagu tema bagi kempen yang dijalankan oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza untuk melakukan kebaikan serta bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.

Lagu tersebut juga telah didendangkan di akhir rancangan Meletop dan mendapat sorakan daripada penonton yang hadir di studio rancangan itu dirakam.

Tonton video temu bual disini:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Meletop, Twitter

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.