“Akhirnya Joe Flizzow Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Hadapan,” Bakal Isterinya Bukan Calang-Calang 0rangnya

Joe Flizzow merupakan nama yang besar dalam industri seni dan juga genre muzik hip hop. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan Too Phat yang mempopularkan lagu hip hop di negara Malaysia pada awal kemunculannya. Kini bergerak solo, nama Joe masih lagi menjadi buah mulut peminat muzik tempatan.

Walaupun usianya sudah menghampiri 40 tahun, tetapi dia masih lagi senang dengan kehidupan solonya tanpa isteri di sisi. Jarang bercerita mengenai kehidupan peribadinya, akhirnya Joe dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan!

Aishah Ali iaitu ibu Joe menjelaskan bahawa anak lelakinya itu mungkin sudah bersedia untuk berkahwin setelah berjaya mendapat pencapaian yang membanggakan.

Kira-kira sebulan lepas, Joe telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara.

Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin.

Penyanyi dan penulis lirik itu difahamkan sudah merisik teman wanitanya Marini Ramlan dan dikatakan bakal melangsungkan pernikahannya awal tahun depan walaupun mereka belum menetapkan tarikh yang spesifik lagi.

Bagi yang tidak mengenali teman wanita Joe ini, dia sebenarnya ialah Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, wanita ini juga merupakan seorang pelukis yang berbakat.

Dia yang menggunkan nama Nini Marini dalam dunia seni lukis tempatan juga amat popular dalam gelanggang itu. Wanita berdarah seni ini terkenal dengan lukisannya yang berkonsepkan kontemporari.

Tahniah diucapkan kepada Joe Flizzow dan Marini Ramlan yang bakal menamatkan kehidupan bujang mereka pada tahun hadapan. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Joe mengukir sejarahnya yang tersendiri selepas menjadi penyanyi pertama negara yang bernaung di bawah label rakaman baharu, Def Jam.Artis lain termasuk DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapura), Fariz Jabba (Singapura), Alif (Singapura), A.Nayaka (Indonesia) dan Young Bong (Thailand).

Def Jam yang ditubuhkan pada 1984 bermula sebagai label indie yang diinspirasikan daripada budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop.Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy.

Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, serta Kanye West.Sumber: Astro Awani kredit beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : arenasetempat

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.