“Baru Kongsi Teaser ‘Pr0jek Disk0 Baldi’,” Tapi Ramai Yang Dah Terhibur

Siapa sahaja yang tidak terhibur dengan gelagat Sherry Alhadad, pengacara yang cukup bersahaja dalam berlawak. Bakatnya bukan calang-calang dan ada pada semua selebriti tanah air.

Tambahan dengan mukanya yang selamba ketika buat lawak menjadikan ramai yang terhibur. Terbaru, Sherry mempromosikan rancangan lawak berjudul ‘Disko Baldi’.

Melalui perkongsiannya di Instagram, Sherry memaparkan video teaser rancangan itu dan telah menarik perhatian ramai.

Baru sejam dimuat naik lebih dari 23,500 tontonan dan pelbagai reaksi dari netizen dan rakan selebriti.

Menerusi video berdurasi dua minit tujuh saat itu, Sherry bersama seorang lagi wanita berlakon dalam sebuah set rancangan temubual. Sherry selaku hos pada awalnya memperkenalkan nama rancangan temubual itu yang berdasarkan lirik lagu iaitu ‘Enjit-enjit Semut Siapa Sakit Naik Atas’.

Jom tonton video yang dikongsikan Sherry ini…

 

View this post on Instagram

 

Siapa sakit naik atas… @iamshamaine @farahrani

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Memperkenalkan tajuk rancangan sahaja sudah ambil masa beberapa minit. Belum sempat tetamu jemputan mengupas isu hari itu sudah tamat masa. Memang epik betul tahap lawak Sherry ini!

Rata-rata netizen turut terhibur dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Ya Allah macam mana uols boleh tahan gelak?? ni tengok je dah puaka gelaknya..hahaha”

“Bengong ahhh. Susah nak stop gelak oiii”

“Hahhahaha..gilo”

“Murung jap”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @sherry_alhadad

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.