“Sebagai ibu, sudah tentu saya berasa syukur Alhamdulillah…” Ibu Amyra Rosli

Kelmarin, foto Amyra Rosli memakai tudung ketika hadir sebagai tetamu program popular MeleTOP tular dimedia sosial. Isteri kepada pelakon, Amar Baharin ini dikatakan tampil dengan penampilan baru selepas pulang daripada mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, menurut sumber ibu kepada selebriti cantik ini, Noor Zaridah Ahmad meluahkan rasa gembira dengan penampilan terkini anaknya itu.

Melalui juga, ibunya itu enggan mengesahkan mengenai penampilan baru Amyra namun begitu dia tidak ingin memaksa anaknya itu berubah kerana menganggap ia perlulah dilakukan dari hati ikhlas.

Antara foto Amyra yang tular

 “Saya tak boleh nak cakap apa-apa mengenai penampilan Amyra itu… apa sekalipun adalah lebih baik jika ianya daripada Amyra sendiri. Yang berubah itu adalah diri dia sendiri… sebagai ibu, sudah tentu saya berasa syukur Alhamdulillah dengan penampilan baru itu.” ujarnya.

Dalam pada itu, Amyra turut mengatakan dia tidak mahu mengumumkan secara rasmi sudah bertudung dan bertindak memilih untuk tidak kecoh mengenai hal berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.