“Apa Saja Berlaku, Saya Sentiasa Bersama Awak,” Dedikasi Kasih Sayang Aprena Manrose Buat Kakak, Oktovia Manrose

Pelakon jelita, Aprena Manrose ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, Aprena menitipkan kata-kata ucapan hari jadi buat kakaknya, Oktovia Manrose.

“Happy Birthday my one and only shisturr @oktoviamanrose whatever happen, im here always for you!

“Semoga sentiasa dilindungi Allah, usaha untuk menjadi lebih baik, dan kita sentiasa menasihati antara satu sama lain.

“Yang paling penting, berjaya didunia dan di akhirat. I love you so much, like so so so much! #291019,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi kepada Oktovia di ruangan komen entri berkenaan.

Untuk rekod, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman telah dilahirkan pada 29 Oktober 1991 di Kuala Lumpur.

Adik beradi pelakon ini merupakan anak kepada Iwan, bekas penyanyi sementara Allahyarham ibu mereka, Rosnah Mohd Nor juga merupakan seorang pelakon sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram @mrsaprenamanrose

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.