“Artkel Itu Jatvhkan Repvtasi Saya” Nadia Brian

PELAKON, Nadia Brian kecewa dengan tindakan sebuah portal hiburan berbentuk blog menulis artikel dengan hanya mengangkat komen warganet yang mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.

Nadia ketika dihubungi berkata, dia sendiri tidak tahu dari mana penulis blog itu mendapatkan komen warganet kerana bahan yang dimasukkan di dalam artikel itu tidak ada di media s0sialnya.

“Saya rasa ini sudah keterlaluan. Blog itu menulis artikel berkaitan diri saya dengan hanya memetik komen daripada warganet yang menulis komen negatif mengenai saya.

“Yang hairannya, bila saya cari semula komen itu di platform media sosial, tak ada pula. Jadi, dari mana mereka mendapatkan komen yang dimasukkan dalam artikel itu?,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, warganet boleh menulis apa sahaja, namun, sebagai penulis blog yang menyampaikan cerita, mereka seharusnya melakukan kerja dengan lebih beretika.

“Warganet boleh cakap atau tulis apa saja, tapi kenapa penulis itu nak letakkan komen negatif sebagai tajuk? Itu kan komen yang tidak sahih dan tajuk itu hanya untuk menarik trafik ke laman web mereka sahaja.

“Saya sendiri belajar dalam bidang penyiaran di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media selama tiga tahun dan tahu bagaimana etika dalam media. Bagaimana mereka boleh menulis sesuatu hanya berdasarkan komen orang lain, tanpa menemuramah saya sendiri.

“Inilah beza antara penulis blog dan juga wartawan dari media yang asli kerana wartawan menjalankan kerja mengikut etika,” katanya.

Nadia kini berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

“Artikel itu menjatuhkan reputasi saya dan sekarang sedang berbincang dengan pihak pengurusan, peguam, tunang dan keluarga untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Nadia kini sedang melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 9 November ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.