“Tak Mampu Berjauhan,” Mawar Rashid Bawa Anak Ke Set Penggambaran

Pelakon Mawar Rashid tidak kisah untuk membawa anaknya yang baru berusia tujuh bulan, Raden Muhammad Rafael ke set penggambaran.

Semuanya kerana Mawar tidak mampu untuk berjauhan dengan putera sulungnya itu.

“Selepas melahirkan Rafael, saya rasa tak boleh berenggang dengan anak. Saya rasa lain macam bila berjauhan dengan anak.

“Bukan hanya rasa itu timbul, kalau boleh saya juga mahu anak saya dapat sesuaikan diri dengan orang yang berada di sekelilingnya,” kata Mawar.

Tambah pelakon telefilem Penaklukan Syaitan ini, suaminya Raf Yaakob juga sering membawa dua orang anak mereka, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela ke set penggambaran.

“Sebelum saya melahirkan Rafael lagi, jika ada masa terluang, Rayyan dan Raysaa turut dibawa ke set penggambaran.

“Saya memang memberi galakkan kerana ingin mereka tengok sendiri bagaimana cara kami sebagai pelakon bekerja. Kami juga mahu anak-anak bijak membawa diri dan tidak hanya bergaul dengan kanak-kanak sahaja,” kata Mawar lagi.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua anak tiri, Rayyan, 8, dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.