“Dia l4rang sebab saya pernah jatuh sampai patah tangan” Black Hanifah terkejut isteri hadiahkan motosikal lasak

PENYANYI Black Hanifah tidak menyangka isterinya Naquia Yasirah atau Cira membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal lasak jenis Husqvarna 250 gara-gara minat yang mendalam terhadap sukan lasak itu.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 33, berkata, dia terkejut kerana Cira tidak pernah menyokongnya untuk terlibat dengan sukan lasak itu kerana pernah mengalami kecederaan pada tangan kirinya sebelum ini.

“Saya memang meminati off-road dan sukan-sukan lasak sejak umur 11 tahun lagi. Jadi lepas saya rapat dengan Achey, tengok dia terlibat dengan sukan itu membuatkan saya nak mula aktif balik.

Black berkongsi hobi sama dengan pelawak Achey.

“Masa tengah nak cari-cari motor, wife buat surprise hadiahkan saya sebuah motosikal lasak. Tiba-tiba saja motor itu dah ada dekat rumah.

“Sebelum ini dia larang sebab saya pernah jatuh sampai patah tangan kiri,” katanya kepada mStar.

Tambah Black, isterinya itu bagaimanapun memahami minat yang mendalam terhadap sukan lasak itu mampu menjaga stamina dan kesihatannya.

Penyanyi Anugerah Terindah ini berkata, kebelakangan ini dia juga sering ke hutan bagi menghabiskan masa terluang dengan bermain di trek off-road.

Sebelum ini dia larang sebab saya pernah jatuh sampai patah tangan kiri.

BLACK HANIFAH

Penyanyi

“Lepas berbincang semula dia faham itu sebahagian daripada sukan yang membantu untuk kekalkan stamina saya.

“Sekarang saya banyak berlatih di hutan sebagai persediaan menyertai perlumbaan motosikal lasak akan datang,” katanya.

Black berkahwin dengan Naquia pada 13 September 2013.

Pasangan tersebut dianugerahkan dua cahaya mata bernama Khaleef Dayyan, 4, dan anak perempuannya, Rindu Dayyana yang berusia satu tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.