Jururawat Digantvng Kerja Selepas Berglir-Glir Barlng Atas Katil Yang Digunakan Penyanyi Singapura

Ketaksuban terhadap selebriti sememangnya dapat membuat peminat melakukan apa sahaja perkara pelik seperti membayar membeli tisu yang telah digunakan artis kegemaran atau membeli ‘udara’ dari konsert kumpulan kpop terkenal.

Baru-baru ini pula seorang penyanyi dari SingapuraJJ Lin telah di masukkan ke hospital ketika konsert jelajahnya di China kerana tidak sihat.

Berikutan kunjungannya ke Zhenjiang First People’s Hospital, seorang netizen yang dipercayai jururawat di hospital itu telah mengiklankan beg ‘drip’ dan jarum suntikan yang telah digunakan oleh Lin.

Dia memuat naik foto yang menunjukkan simbol “Lin” dan nombor bilik pada barang yang dijual. Sesiapa yang berminat diminta untuk menghubunginya di WeChat.

Kunjungan penyanyi itu juga membuat kakitangan di hospita itu teruja, di mana dalam satu video yang tular, beberapa jururawat dilihat bergilir-gilir berbaring atas katil yang telah digunakan oleh Lin.

Berikutan video yang tular, pihak hospital telah mengumumkan di Weibo bahawa kakitangan mereka yang terlibat dalam insiden itu telah digantung kerja dan akan diambil tindakan.

Mereka juga mengesahkan bahawa semua peralatan perubatan yang digunakan oleh penyanyi itu telah dibuang mengikut tuntutan peraturan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Daily Mail

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.