“Nyanyian Dengan Iringan Gesekan Biola Kumpulan Remaja Ini” Memang Padu Habis

Kalau sememangnya berbakat, buat video macam mana pun memang menjadi perhatian ramai. Tapi jika ditambah dengan teman-teman yang juga berbakat memang video jadi lebih gempak dan padu!

Terbaru satu video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter afifffsola telah menarik perhatian ramai. Video berdurasi 1 minit 10 saat itu memaparkan orang remaja lelaki yang mana 3 dari mereka bermain alat muzik dan seorang lagi menyanyi.

Kelihatan video tersebut dirakamkan seperti di dalam bilik atau ruang tamu rumah, namun kedengaran cukup gempak!

Jom tonton rakaman 4 remaja ini di bawah:

Rakaman tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dan 8,800 retweets serta 9,900 likes.

Rata-rata netizen memuji bakat mereka dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Dik kenapa sedap sangat ni. Kecik2 telan kaset ke?”

“Suara power bang, yang belakang pun power seh”

“Naise bro. Ni baru bakat”

“Meremang bulu roma”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: afifffsola

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.