“Hairan pakcik tua pusingkan spasang selipar lps lihat jam.” Bila ditanya, jwpannya buat aku terkesan

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Foto sekadar hiasan. Kisah yang ingin kami kongsikan ini sebenarnya dikongsikan Muhammad Yusof di laman Facebook pada bulan September yang lepas. Ketika artikel ini diterbitkan, perkongsian beliau telah dikongsikan sebanyak 17k.

Ternyata perkongsian yang disampaikan sangat bermanfaat untuk kita jadikan teladan. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.

Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku.

Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.

Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.

Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.

Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.

Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’

Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.

So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’

Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.

‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’

Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.

Aku selalu terfikir bahawa ‘Me Time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.

‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.

Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.

Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.

Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.

Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.

Allah, Allah. Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.

Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.

‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’ Amin.

Sekadar berkongsi pengalaman: Muhammad Yusof

Lihat apa kata warganet selepas membaca perkongsian beliau.

Jamilah Din –Moga ada para suami yang membaca dan mendapat hidayah. Saya pernah melihat suami menjerit kpd isteri di pintu ruang solat wanita.. “oiii tak tahu nak cepat ke”. Keluarlah si isteri dalam genangan air mata. Malu diperlakukan di rumah Allah..

Siti Saudah –Betul. Seorang wanita lebih tepat lagi ibu sentiasa kalut nak solat dan beribadah. Kebanyakan suami tidak memberikan ruang untuk lama2 beribadat. Umpama seorang ibu itu tidak Ada Hak untuk berlama2. Kesian. Cuba tengok anak2 kecik biasanya akan mengangu ibu solat. Jarang sekali mengangu ayahnya. Kesian. Kalau di rumah dah kalut apalagi kalau pergi solat di luar. Lagilah susah.

Junainah Jaafar –Hebat sungguh pakcik ni ya. Selipar pun disusun supaya isteri mudah pakai. Lebih baik mulakan seawal umur muda kerana kita dah hampir dengan kemtian bila2 masa aje. Sayangi isteri dan suami serta anak2 anda hargai mereka. Tq atas perkongsian.

Wan Rosminal –Gambaran ini lebih kurang sama dengan kehidupan akak semasa aruwah masih ada. Memang kami suami isteri bercouple kemasjid dari subuh sehingga magrib ke masjid. Memang selipar akak selalu dia buat macam ni.

Dan sentiasa mengajak singgah depan kawasan kubur di luar pagar memberi salam dan membaca yassin. Kebetulan kawasan kubur dalam kawasan masjid di daerah keningau.

Sentiasa aruwah mintak akak berwirid dahulu dan mengaji quran sebelum keluar. Setiap masa berpesan masukn duit dalam tabung masjid walaupun RM1 setiap masa. Allahuakbar sekarang insan tersayang sudah pergi. Hanya tinggal sendiri sementara menunggu giliran….

Suryana Sim –Seharusnya begitu. Rindu pula dengan aruwah suami yang selalu melayani saya sebegitu. Makan bersama, jalan bersama, tengok JPJ roadblock bsama walaupun tengah malam. Ngopi bsama, bergurau senda…

Ya Allah. Indahnya. Bahgianya biarpun Kami tidak mewah namun Kami sentiasa bersama hingga akhir hayatnya. Suami telah dijemput January 2019. Alfatihah buat suami syurgaku. Semoga dia berada Di kalangan org2 beriman..
Aamiin. Terima kasih berkongsi kisah Indah ini.

Yang baik itu kita jadikan sebagai teladan. Moga bermanfaat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Cokelat Putih

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.