“Nak kena pvjuk pulak” Aksi Kucing Ini Merajuk Buat Netizen Tersengih

Kepada korang yang ada atau pernah ada haiwan peliharaan, admin nak tanya sikit, pernah tak si manja korang merajuk? Tak kisahlah sebab apa sekalipun, mesti pernah merajukkan?

Okay, kali ni admin nak share satu video pasal kucing merajuk. Kucing ni dia merajuk sampai pergi ke rumah lain, lepas tu bila tuannya panggil balik, dia boleh berkeras taknak bergerak dari situ. Nak kena pujuk baru nak gerak. Kalau nak tau macam mana dorang pujuk kucing tu, cuba korang tengok video oleh @dyradyre kat bawah ni

Nak kena pujuk pulak

Hati kering betul kucing tu, orang panggil pastu membebel dia buat tak tahu je. Nak kena panggil elok-elok baru reti nak balik rumah.

Ini betul, kita manusia pun kalau kena bebel kita tak suka kan? Cakap elok-elok baru cair. Pandai betul ayah dia tu pujuk

Rupanya kucing ni faham cakap manusia. Betul, admin pernah baca ada orang share yang kucing faham je apa kita cakap, tapi dia just ignore je.

Amboih bukan main melampau. Dah lah kena pujuk, lepas tu menjawab pulak. Eee geram je admin tengok. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.