“Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri Kepada Otto Gillen Dengan Sekali Lafaz”

PELAKON dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi hari ini.

Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.

“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.

“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat.

Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Manakala, majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.

Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.

 

View this post on Instagram

 

Tahniah @sarahhildebrand dan @otto.gillen bahagia sampai ke syurga. Amin #SOtiestheknot

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

 

View this post on Instagram

 

Sampai ke Jannah. InsyaAllah #sotiestheknot ❤️ 🎥: @jaydeesm

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.