“Muka sebijik macam Svltan, Terus berjuang, anak kamu putera raja..” Netizen

Semalam buat kali pertama bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana mendedahkan wajah anaknya Tengku Ismail Leon Petra hasil perkahwinan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Jun tahun lalu.

Beberapa keping gambar putera sulungnya yang berusia lima bulan itu dimuat naik di laman Instagram sekaligus mengundang perhatian rakyat jelata.

Nama saya Ismail Leon!

 

View this post on Instagram

 

Hello, my name is Ismail Leon. I’m 5 months old and my mom loves me very much👩‍👦❤️#ismailleon

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Sejak melahirkan Ismail Leon, wanita berusia 27 tahun itu sering mengeluarkan pelbagai kenyataan kontroversi yang mengaitkan institusi beraja negeri tersebut dengan status kelahiran anaknya.

Malah bukan itu sahaja, Rihana turut mencabar baginda bagi melakukan ujian DNA terhadap bayi tersebut sehingga menerima kecaman segelintir warganet.

Namun menerusi ruangan komen posting berkenaan, majoriti netizen mengakui wajah Ismail Leon memiliki darah Asian yang kelihatan amat mirip seperti Sultan Muhammad V.

Mereka juga membidas kembali segolongan individu yang sebelum ini bertindak untuk mengecam Rihana supaya wanita itu menafikan bahawa Ismail Leon adalah anak baginda.

100% macam wajah bapanya

Bayi ini kelihatan sama macam Sultan

Mana pergi geng2 yang kutuk Rihana?

Terus berjuang untuk hak anak!

Comel sangat.. Ada muka Melayu!

Kami rakyat Kelantan…

Anak kamu adalah putera raja!

“Menjadi raja tidak menjamin anda seorang yang baik” – Rihana

Semestinya ada rupa Asian!

Mana pergi semua ‘haters’?

Terdahulu, media melaporkan Sultan Muhammad V melafazkan talak tiga kepada Rihana namun wanita tersebut menolak dakwaan bahawa mereka telah bercerai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rihana Oksana Petra

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.