“Terpulang Kepada Sesiapa Yang Ingin Berkata..” Diangkat Sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian, Ini Resp0n Zara Zya

Ternyata lakonan hebat pelakon Zara Zya menerusi drama rantaian Pia membuahkan hasil apabila aktres tersebut menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019, pada Jumaat lalu.

Bintang berusia 34 tahun ini turut meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diraih.

Zara turut berkata, dia sangat menanam impian untuk menerima trofi Anugerah Skrin.

“Alhamdulillah saya sangat gembira dengan kemenangan ini. Saya memang nak sangat rasa trofi Anugerah Skrin sebab ini bukan undian ini daripada juri.

“Sejujurnya tak menyangka yang saya akan memenangi malam ini,” kongsi Zara Zya sejurus memenangi anugerah tersebut.

Tahun lalu, kategori sama telah dimenangi oleh pelakon Amyra Rosli menerusi drama Nur.

Ditanya andai ada pihak yang membanding-bandingkan, ini kata Zara;

“Itu terpulang sebab kita boleh bercakap apa sahaja yang kita nak cakap. Jadi terpulang kepada sesiapa yang ingin berkata.

“Akan tetapi saya tetap tahu yang penyokong Pia itu ada,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Pelakon Zara Zya terima anugerah Pelakon Wanita Drama Rantaian Terbaik ASK2019 menerusi drama Pia. Tahniah @zarazya

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Pelakon Nabila Huda, Amyra Rosli, Pauline Tan dan Angeline Tan turut tercalon untuk kategori berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.