“Dah tau alb, buang lah posting” Upload Statement di Instagram, Netizen Buat Spekvlasi PU Syed Balas Video Nabila Huda

Baru-baru ini, Nabila Huda telah muat naik gambar dengan seekor anjing jenis Husky di Instagram dan ianya mendapat perhatian penceramah bebas, PU Syed.

Kurang senang dengan gambar dan tindakan Nabila itu, PU Syed memberi teguran melalui media sosial miliknya mengatakan fenomena terbabit mendatangkan fitnah pada diri serta agama.
Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa.”

Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.”

Selepas itu, Nabila Huda pula tampil memberi respon dan penjelasannya sendiri melalui IGTV di Instagram. Menurut Nabila, PU Syed tak perlu pun nak menegur dia tentang tindak tanduknya kerana itu dosanya sendiri.
Encik Syed, itu Instagram saya. Jadi suka hati sayalah nak post apa pun. Kalau awak rasa berdosa ke, itu dosa saya. Saya yang tanggung.”

VIDEO

Terbaru, PU Syed muat naik screenshot kenyataan panjang lebar di Instagram yang merujuk kepada isu menormalisasikan dosa dan maksiat. Bersama gambar itu, PU Syed menulis caption,
Kena beza antara cegah kemungkaran dgn mendedah keaiban.”

Jika dah tahu itu aib, bawa bawalah buang posting posting yang boleh mendatangkan fitnah pada diri dan agama.”

Katanya, teguran itu bukan bermakna dia inginkan populariti tetapi sekadar tanggungjawab. Walaupun tak dinyatakan, netizen membuat spekulasi bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Nabila Huda.

Rata-ratanya memberi sokongan dan berharap PU Syed tidak berhenti untuk terus berdakwah.

Moga hal ini dapat diselesaikan dengan baik…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.