“Oghang Kedah Mentaal Tak Leh K0yaak,” Tewas Piala Malaysia, Fakhrul Unic Tetap Bangga

Berkongsi rakaman video tular seorang kanak-kanak sedang menangis selepas Kedah tewas 3-0 kepada Johor dalam Piala Malaysia 2019 di Stadium Bukit Jalil 2 November lalu, jelas Fakhrul UNIC, biarpun kecewa namun dia bangga apabila Kedah layak bersaing ke final.

Menerusi video terbabit, seorang kanak-kanak tidak dapat menahan kesedihan dan menegaskan tidak mahu lagi menyokong Kedah selepas ini selepas ‘aksi kampung’ yang ditunjukkan.

“I feel u bro halaa cane nak pujuk ni..oghang kedah mental xleh koyak, kita ttp bangga masuk final..xpa tahun depan kita cuba lg..ayat last mak dia paduuu,” tulisnya.

Netizen turut sama terhibur dengan perkongsian video itu dan meninggalkan reaksi di ruang komen.

Terdahulu, skuad Johor Darul Takzim (JDT) membuktikan kehebatan apabila berjaya membenamkan Kedah pada peringkat akhir Piala Malaysia dengan 3-0.

Kemenangan itu menyaksikan sejarah yang berulang, sewaktu kali pertama JDT menjulang Piala Malaysia pada 2017, dengan menewaskan Kedah 2-0.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram Fakhrul UNIC

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.