“Uban Dah Tvmbuh Dah Suami Awak Ni Sayang,” Sel0roh Saharul Ridzwan Kepada Isteri

Baru-baru ini, pelakon tampan Saharul Ridzwan ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Saharul telah memaklumkan kepada isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir yang dirinya kini sudah pun memiliki uban.

“Uban dah tumbuh dah suami awak ni sayang @deenaemir. Umur makin meningkat dah. “Peringatan” semulajadi tentang usia di dunia.

“Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik berpanjangan. Amin,” tulisnya.

Meski pun begitu, rata-rata peminat tetap memuji ketampanan hero drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu.

Untuk rekod, Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang pada 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Luth Ali, 2 tahun dan Deena baru sahaja mengumumkan mengenai kehamilan kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram Saharul Ridzwan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.