“Mak dulu pesan jangan letak otak dekat lutut” Caprice

Gara-gara penggambaran pakaian pengantin di kubur membuatkan pihak terbabit menerima kecaman hebat dilaman sosial serta tular dan hangat diperkatakan sejak kelmarin.

Isu tular buat ramai kurang senang

Perbuatan dikecam itu bagaimanapun menarik perhatian penyanyi rap terkenal, Caprice untuk turut membahaskan isu terbabit yang dianggap tidak bersesuaian.

Menulis kapsyen dilaman Instagram ‘mak dulu pesan jangan letak otak dekat lutut’ bersama video, Caprice menjadi perhatian pengikutnya.

Caprice dilihat turut berang dengan tindakan penggambaran yang tular itu apatah lagi tempat yang menjadi pilihan berkenaan juga membuatkan ramai kurang senang.

Bagaimanapun, pemilik butik telah memohon maaf dengan isu yang tular itu dan memberikan penjelasan.

Video dikongsikan Caprice meraih ribuan tanda suka lalu netizen turut memberikan bermacam-macam pandangan sehingga lebih 1000 komen ditinggalkan mengenai isu tersebut. Disamping itu juga, ada yang bersetuju dengan pandangan Caprice.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Caprice

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.