”Cembvru Dengan Hafreez Adam Selepas Bertunang” Ini Jawapan Zara Zya

Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 (ASK2019), Zara Zya mendedahkan dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada pelakon Hafreez Adam selepas mereka mengikat tali pertunangan.

Tidak terbit rasa cemburu, Zara dan Adam memahami kerjaya masing-masing sebagai seorang pelakon.

“Kami kenal pun dalam industri seni, kami tahu kerjaya masing-masing sebagai seorang pelakon. Jadi, tidak timbul rasa cemburu… lagi-lagi selepas kami bertunang.

“Saya tak kisah dia melakukan babak mesra kerana saya dan dia sendiri tahu batas-batas kami apabila kami menjayakan sesebuah adegan. Saya takkan ganggu kerjaya Adam, dia pun begitu.

“Kepercayaan sudah kami letakkan dalam perhubungan dan kami akan bertindak profesional,” kata Zara.

Zara ditemui usai ASK2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meraih trofi kemenangan menerusi drama bersiri Pia, Zara berterima kasih kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly dan suaminya, pengarah Azman Yahya (Jinggo).


“Saya berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya Sheila dan Jinggo kerana mempercayai saya untuk membawakan watak Pia.

“Sejujurnya, saya terkejut menerima penghargaan ini dan saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat meraih trofi anugerah yang berdasarkan pilihan juri,” katanya lagi.

Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019).

Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).

Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.